~~~KETENANGAN HANYA TERLETAK DI HATI..APABILA KELUARGA MERESTUI SETIAP LANGKAH KITA DI MUKA BUMI INI...DAN YANG LEBIH PENTING ALLAH S.W.T REDHA DGN APA YANG KITA PERBUATKAN DI MUKA BUMI INI~~~~~AKU KINI LEBIH BERSEDIA DAN IKHLAS DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR,ANAK DAN JUGAK TUNANGAN ORANG...ALHAMDULILLAH..~~~SEMOGA AKU SUKSES DALAM MEMPELAJARI ILMU-ILMU AKHIRAT, ILMU-ILMU SEBAGAI ISTERI, ILMU SEBAGAI KAKAK, ILMU SEBAGAI ANAK DAN JUGA ILMU SEBAGAI HAMBA-NYA~~~~~~~~

Iklan

Wednesday, June 23, 2010

Eset Nod32 Antivirus menghentam Trojan Durjana!

Salam readers~~

Korang nak tahu! Hari ni masa masuk kelas StaadPro, lappy Acer Aspire 5050 saya ni buat hal. Tetiba jerk dia tak mau on. Habisla. Dah la saya lewat 1/2 jam ke kelas Mr.S lepas tuh dia tak mau on plak. Saya dah agak dah. Maka saya cabut la dia punya adapter dan jugak bateri bagi cool. ada ke cara macam tuh? apa-apa jer la asalkan dapat menyedapkan hati saya. 

Saya buat muka bodoh dan selamba jerk hari ni. Sungguh berani saya kan. Hahaha. Tapi kalau nak dibandingkan dengan kanak-kanak Internationals (Nigers dan so on), mereka lebih teruk dari saya. Mereka langsung tak bawa apa-apa ke kelas. Dah la ini kelas StaadPro, mestilah ada software dan jugak apa-apa yang patut tuk menyalin. Ini dengan senang hatinya kebanyakan mereka hanya membawa diri macam nak pegi pasar ikan la plak. Wah! Adakah mereka sungguh expert dari Mr.S yang juga terpaksa membawa lappy dan jugak bahan-bahan untuk mengajar ke kelas? Wow! Kalau begitu lebih baik saya belajar dengan rakan sekelas saya dan abaikan Mr.S. saya memang suka buat stok perli!!


ahh!! korang ikut kepala korang je kan..pastu suka ambil mudah jerk..

Nasib baik lappy saya sudah ok, tapi tetap merangkak-rangkak masa on StaadPro Software dan jugak masa nak apply load ke seluruh struktur column (tiang) dan jugak beam. Adoi!! Sah ini mesti gara-gara Virus dalam kepala otak, saya terfikirkan Trojan, aiseyman!! 

Woi! Takkan blah macam tuh jerk??



Pelajaran hari ini agak simple. Kami hanya perlu memasukkan load combination (Dead Load + Live Load + Wind Load) ke dalam struktur bangunan yang telah kami buat semalam. Means, sequal daripada pelajaran semalam la kan. Dan selepas, Mr.S menerangkan kepada saya secara personal itu pon terpaksa menjerit ke arah kanak-kanak terbabit supaya diam, saya pon fahamlah apa yang perlu saya lakukan. at least saya lebih faham daripada mereka yang asyik berborak jerp. Semasa Mr.S sedang menunjuk ajar pelajar yang lain, sebilangan besar kanak-kanak terbabit blah daripada kelas macam tuh jerk. Pergh!! Cukup menyirap..kalaulah saya jadik Mr.S tuh mesti saya pegang rotan di tangan.

Rasional la sikit. Takkan la dah besar panjang pon masih nak di rotan. Kita kan dah dewasa. Cubalah treat diri masing-masing sebagai orang yang dewasa dan menyelesaikan sesuatu perkara secara matang. Tapi dah kalau telinga kuali dan besar kawah asteroid memang la takkan dengar desibel suara normal manusia Timur macam kita. Betul tak! kalau betul sila komen yerp kawan-kawan.

Inilah perangai anak-anak kesayangan kolej saya

Dan dah 3 orang daripada mereka datang kepada saya untuk pinjam nota. Wow! Kalau mereka datang memang niat nak belajar, mesti mereka akan bawa lappy masing-masing dna jugak kalau tak ingat mereka pasti akan salin nota macam saya. Saya bagitahu mereka What the hell??!! hahaha tipu jerp. Sampailah plak hati saya nak cakap mcm tuh. Sila baca entry Mari Kenali Ah Moy untuk kenal saya lebih dekat. Tengokla macam mana, kalau saya nak bagi pada mereka. Ikut suka hati saya jerp kan. Saya ni jenis pantang dan susah sikit nak bagi nota saya pada Internatiols ni. Kang jadik nasi lemak plak, sebab saya dah nampak macam mana cara mereka pinjam nota daripada kami semua. Wow! Cukup cantik, masa bagi pinjam nota cantik jerk, bila dah pulang ada hilang satu la, dah renyuk la dan lambat pulang. Saya takkan amik risiko, saya lebih rela tolong fotostatkan nota saya untuk mereka just one copy saja, lain-lain copy sendiri dan sebarkan pada mereka. Kalau tak paham apa yang saya tulis saya akan gelakkan mereka.

Saya tahulah saya bukan orang pandai, at least saya usaha untuk keep ilmu yang di beri oleh Mr.S dalam nota saya. Just paper kajang biasa dan sebatang pen dan sedikit kreativiti dan kekemasan. Itu dah cukup tuk buat nota anda semua lengkap dan cantik di baca. Nanti saya bagi tutorial macam mana nk biasakan diri anda menulis nota dan menyebarkan pengaruh menulis nota. Lain kali yerp.

Blog saya macam berkilo-kilo beratnya

Dan selesai saja saya dengan latihan saya kali ini, dan dengan baik hatinya, Mr.S meng-check hasil kerja setiap pelajar yang betul-betul nak belajar supaya instruction memasukkan load adalah betul supaya tidak menghasilkan error di peringkat analysis. Bukan senang nak ajar subject yang 100% bergantung pada software lagi-lagi software StaadPro yang 100% berkaitan structure. Mau pecah kepala kalau nak ingat step yang bebanyak nih. Jam 4.30 pm pon kami semua bersurai dari kelas Mr.S. Kesian Mr.S kerana terpaksa menghadap pelajar yang macam Tenuk tuh. Saya harap Mr.S akan dapat kenaikan gaji dan akan berada lama di kolej kami sekurang-kurangnya sehingga saya habis belajar. Janji taw!

inilah blog saya. ada orang tuh panggil Bungalow Pink? Wah spisis bunga baru ker?

Sesampai saja di rumah saya pon apa lagi online lah sambil-sambil saya curik peluang untuk mengemas kinikan nota saya yang berkaitan StaadPro. Saya takkan bagi mereka pinjam! Saya pedulik hapa! Tapi satu jer masalah saya kalau nk on9. Fuh! Cukup berpeluh saya hanya semata-mata nak tunggu blog page saya loading, berpusing-pusing saya tengok favicon page saya. Pening kepala! Saya kalau dok kolej ni memang selalu ada masalah internet. Terima kasih kepada kolej saya. Saya sayang kolej saya. blwekkk!!sungguh hipokrit! bukan benci cuma tak suka jerp! Sila baca entry Yang Tertonggeng sebagai tanda terima kasih saya kepada kolej saya. 

see Trojan datang menginap dalam lappy saya..syuh! syuh!

Saya pon meng-updatekan Eset Nod32 Antivirus saya dengan melawat satu blog ni yang khas bagi username dan password antivirus. Tapi selepas saja saya meng-update Facebook saya sambil ongoing scanning my lappy, barulah Eset saya ni bagi warning yang update ni akan berakhir dalam masa 9 hari lagi. Wah! Cukup bagus. Kenala carik username dan password baru.Penatnya.

Saya nak sambung kerja saya pi menjoinkan diri dalam banyak-banyak contest. See you in nect entry. Jom saya suggest kamu semua dengan contest merebut  Acer Percuma! dan jugak melawat adik comel Faheem di Myfaheem.com. Ingat saya Ah Moy sebagai referrel anda. ok.

ok! bai!

0 loves for Ah Moy:

Post a Comment