~~~KETENANGAN HANYA TERLETAK DI HATI..APABILA KELUARGA MERESTUI SETIAP LANGKAH KITA DI MUKA BUMI INI...DAN YANG LEBIH PENTING ALLAH S.W.T REDHA DGN APA YANG KITA PERBUATKAN DI MUKA BUMI INI~~~~~AKU KINI LEBIH BERSEDIA DAN IKHLAS DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR,ANAK DAN JUGAK TUNANGAN ORANG...ALHAMDULILLAH..~~~SEMOGA AKU SUKSES DALAM MEMPELAJARI ILMU-ILMU AKHIRAT, ILMU-ILMU SEBAGAI ISTERI, ILMU SEBAGAI KAKAK, ILMU SEBAGAI ANAK DAN JUGA ILMU SEBAGAI HAMBA-NYA~~~~~~~~

Iklan

Saturday, June 19, 2010

Yang tertonggeng!!

 Salam readers~~

Pagi-pagi lagi dah menghadap internet yang sungguh lembap..siput pon x lembap macam ni.. Jadi anda di nasihatkan pakai streamyx sendiri yer..khas tuk diri anda sendiri...semenjak saya menghabiskan 4 tahun di kolej ini saya tidak pernah merasa nikmat internet yg laju secara konsisten...sedih kan...sudah la memberi khidmat percuma membawa nama kolej...kemudahan utama sukar di beri...

Kolej saya sakit

adoi!
saya kecewa...apa nak buat..dah nasib di tindas...maklumla saya ni cumalah student...tak berhak nak cakap apa-apa...MPP di kolej saya pon macam malap jerk...tak tahu la hidup lagi ke tak...tak amik tahu pon...huhu....

sila lah makan ubat yer!!

Secara jujurnya...saya tak bangga pon dudk dalam kolej ni..even kolej ni dah naik taraf jadi Universiti sekalipon...tak tahu kenapa....sebab banyk sangat yang saya tak puas hati dalam kolej ni...Dah la masa mula-mula masuk sini ejen yg bawa saya masuk cukup mulut manis...cakap boleh bayar sikit-skit sekali dia perah duit saya dalam masa yg singkat...kesian parents saya...mana nak cekau rm2000 dalam masa yang singkat...gila kau..akhirnya terpaksa abah kerja kuat sampai abah demam-demam....saya memang salahkan kolej ni 100%...saya pedulik hapa!!!suka cakap tipu...


Sila jangan jadi orang tak jujur!

Saya sangat pantang orang cakap belit dengan saya dan sampai bila-bila pon saya tak akan percaya cakap dia lagi...lantak ko la...saya pernah bekerja sebagai Credit Control Executives (CCE) di bahagian banking unit..that's what they called it...tujuan saya adalah untuk tahu selok belok financial management di kolej ni...wow!! banyak yg saya tahu...pertama sekali yang betul-betul saya tahu...jika student yang sudah grad di kolej ni dan mempunyai duit baki antara RM1000 dan ke atas (ada student yang mempunyai duit lebihan di kolej sebanyak RM11,000.00) agak susah pihak pengurusan kolej nak pulangkan balik bayaran mereka....sebab nanti kolej rugi la...padahal ramai student yang saya jumpa merungut-rungut tak dapat balik duit lebihan mereka dari pihak kolej dan sampai yang ada nak bawa hal ni ke mahkamah....huyyo...hurmm ntah la..saya x mahu masuk campur...saya dah habiskan lebihan saya di kolej ni dengan menyambung pelajaran di kolej ni...


I see you in court!!

Benci orang cakap tipu!

Dan seperti biasa, kalau saya sambung pelajaran di kolej ni..EF saya iaitu leader saya dalam kumpulan CCE saya yang menjanjikan, meng-confirm-kan, men-jamin saya akan dapat MARA kalau saya sambung Ijazah di kolej ni...saya tak percaya pon, dan saya akan sentiasa berhati-hati dengan apa yang orang-orang dalam kolej ni cakap...65% apa yang mereka cakap adalah tipu...huh! saya benci mereka....


save your money...

Dan sebelum saya menyambung pelajaran di kolej...saya sudah sediakan diri saya dalam wadah yang berbeza
, lain dari persediaan saya semasa menuntut di kursus Higher National Diploma (HND). Saya belajar supaya tidak termakan dengan kata-kata yang manis daripada orang-orang di kolej ini...dan saya hanya akan bergantung 100% kepada diri saya sendiri untuk survive...kerana saya tidak mahu kecewa di akhir  garisan nanti di sebabkan niat ' belajar sebab MARA dan sebab orang suruh'....saya bukan begitu...

Saya akan buat apa yang saya mahu berdasarkan pertimbangan akal yang waras dan juga hati yang tenang... Barulah kita boleh menghadapi situasi yang tidak di jangkakan....seperti pertukaran MARA loan ke PTPTN...
Semasa saya bersetuju untuk menukar pelan pinjaman pendidikan dari MARA ke PTPTN saya di beri satu surat untuk di tandatangani yang menyampaikan maksud yang saya setuju untuk ikut pelan mereka...dan di akhir surat itu adalah ternyata bahawa saya akan di beri pampasan sebanyak RM500 sebab menukar pelan pinjaman pendidikan...lepas tuh akak yang manage saya plak kata statement tuh sudah tidak valid lagi...

 

hutang ku bertambah-tambah macam gunung!!!!

Kesian dia makan tak kenyang

Kemudian saya pon mendengar penjelasan rakan EF saya kata bahawa pampasan RM500 tuh hanya di buka kepada pelajar yang terawal menukar pelan pinjaman mereka...itupon di kongsi dengan EF masing-masing..apa kejadahnya macam tu? kesian budak tuh...kalau anak-anak yang kaya mungkin mereka x kesior sangat la dengan RM500 tuh tapi bagi student-student yang hanya bergantung RM30 seminggu pada duit mak bapak (itupon duit makan jerk--aku rasa dia makan pon tak kenyang) bagi saya ini memang la tidak adil ..well siapalah yang mahu baca entry saya ni kan....tempias pon x sampai...


cukup ke ni?? macam tak kenyang jer....

Mereka nak berperang

Saya maklum saya bukanla pandai sangat...saya hanyalah average...kerana saya bukannya hantu sangat nak kejar perfect number 4.0.. No...saya hanya pentingkan kesenagan dan kelapangan hati menerima ilmu...macam-macam ilmu yg saya belajar di sini...ilmu menjadi diri sendiri..ilmu menyelesaikan masalah remaja yang hilang identiti diri...ilmu melarikan diri dari maksiat...ilmu melarikan diri dari masalah orang...dan macam-macam survival knowledge yang saya dapat...(itu di namakan ilmu ker?) dan itu cukup berguna untuk saya sampaikan pada adik-adik saya yang sedang dalam perjalanan ke menara gading macam Pami yang akan ke UtEM...saya sangat bangga dengan adik-adik saya...saya sayang adik-adik saya...saya bangga sebab mereka dengar cakap saya...suka bergurau dengan saya dan akan berkongsi masalah dengan saya...bukan sebab mereka dapat masuk Universiti...

Universiti kini hanyalah medan peperangan bagi mereka...sama ada mereka siap atau tidak..bila the calling has come they have to go...tak baca berita ke remaja IPT (more to IPTA la kan sebab IPTA yang terawal dari IPTS---sebb tuh otai) mengandung anak luar nikah, buang bayi, lari dari rumah yang the latest ada yang terlibat dengan pakatan Jemaah Islamiah (JI)...hish! x mahu aku...aku harap adik adikku ni tak der la terhasut
dengan perkara-perkara macam ni....


sediakan perisai anda....

Orang gila pon tak mati akal dan tak mati hati

Ingat ya adik-adik aku...kalau kita nak bercinta sila jangan sorok-sorok dari ibu bapa--beritahu ibu bapa kita dan dapatkan restu dari mereka dulu baru lah kita bercinta...insyallah..ibu bapa kita akan merestui hubungan cinta kita kalau pasangan kita orang baik-baik dan yang tak baik berubah jadi baik..insyallah asalkan kita berusaha...korang semua dah besar dan dah dewasa...Sila jangan ikut hati..nanti kamu mati..mati hati dan mati akal...ha kan dah payah.. orang gila pon tak mati hati dan mati akal ( sebab orang gila boleh lagi guna akal utk makan, minum, tido, berjalan, merayau--itukan semua guna akal jugak--sila belajar sains--lain kali jgn tido dalam kelas) 

Habis sudah saya membebel...mahapla..entry kali ni tak syok..x best pon...kalau tak suka sila jangan komen...
Saya pon tak paksa ok!

Bai!

0 loves for Ah Moy:

Post a Comment