Salam readers~~
Semangat JOHOR...DAULAT TUANKU...!!! DAULAT TUANKU...!!!!
Yess saya sungguh sayang dengan JOHOR saya....dan saya beri amaran...jangan ada yang berani nak jadi JOHOR MURTAD plak ae...sekeh baru tahu...
Kali ni...saya rajin-rajinkan melawat berita online UTUSAN dan saya terus menuju ker selection Wilayah Johor. Dan Sultan Ibrahim, sultan kesayangan saya nak jalan-jalan dari Johor Bharu ke Gemas naik train..fuhh saya sungguh bangga...Sultan dan Raja lain ada lesen bawak keretapi tak? Sultan saya ada..saya sendiri pon takda lesen bawak keretapi...lesen memandu pon belom lepas lagik..apa la..
Jom baca berita penuh kat Utusan.com...kita baca sama-sama....
.............................................................................................
Sultan Ibrahim tidak sabar pandu kereta api jumpa rakyatKULAIJAYA 16 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sudah 'tidak sabar' untuk memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 yang bakal berlangsung 26 Jun ini. Pada hari berkenaan, baginda akan turut ditauliahkan lesen memandu kereta api sekali gus membawa sendiri kenderaan itu yang merupakan pengangkutan utama KMJ 2010 selama tiga hari program itu berlangsung.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menjalani latihan memandu kereta api dari Stesen Johor Bahru ke Stesen Kulaijaya sebagai persiapan sebelum baginda memandu sendiri secara rasmi pada acara Kembara Mahkota Johor 2010 edisi ke-12 bermula 26 hingga 28 Jun ini. Kembara Mahkota itu akan membabitkan jarak perjalanan sejauh 391.3 kilometer dari Stesen JB Sentral ke Stesen Gemas sebelum kembali ke Johor Bahru. - BERNAMA
"Beta sentiasa memikirkan bila 26 Jun akan sampai dan tidak sabar hendak dapat lesen (kereta api)," titah baginda selepas mengadakan sesi latihan membawa kereta api dengan nama Tg. Kupang bernombor siri 26108 dari Stesen Johor Bahru ke Stesen Kulaijaya di sini hari ini. Pada sesi latihan yang mengambil masa kira-kira sejam bagi perjalanan sejauh 35 kilometer itu, baginda gembira kerana ia berjalan lancar selain dapat melihat keadaan di kiri dan kanan landasan.
Titah baginda, pada sesi latihan itu, kereta api tersebut dipandu secara perlahan dan kelajuan maksimumnya hanya mencecah 100 kilometer sejam.
"Semasa KMJ kelak, beta perlu memastikan masa ketibaan di sesuatu tempat adalah tepat," titah baginda.
Pada sesi latihan hari ini, penduduk Kulaijaya tidak melepaskan peluang menyaksikan peristiwa bersejarah itu.
Ketika KMJ 2010 itu nanti, Sultan Ibrahim akan memandu sendiri kereta api yang bakal merangkumi jarak perjalanan sejauh 391.3 kilometer dari Johor Bahru ke Gemas dan kembali semula ke Johor Bahru.
0 loves for Ah Moy:
Post a Comment