~~~KETENANGAN HANYA TERLETAK DI HATI..APABILA KELUARGA MERESTUI SETIAP LANGKAH KITA DI MUKA BUMI INI...DAN YANG LEBIH PENTING ALLAH S.W.T REDHA DGN APA YANG KITA PERBUATKAN DI MUKA BUMI INI~~~~~AKU KINI LEBIH BERSEDIA DAN IKHLAS DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR,ANAK DAN JUGAK TUNANGAN ORANG...ALHAMDULILLAH..~~~SEMOGA AKU SUKSES DALAM MEMPELAJARI ILMU-ILMU AKHIRAT, ILMU-ILMU SEBAGAI ISTERI, ILMU SEBAGAI KAKAK, ILMU SEBAGAI ANAK DAN JUGA ILMU SEBAGAI HAMBA-NYA~~~~~~~~

Iklan

Showing posts with label kartun. Show all posts
Showing posts with label kartun. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

Oh! MOMOKZ

Salam readers~~

Saya ni suka kartun. Baik dari Spongebob The Squarepant, sampaila ke zaman Popeye The Sailorman, dan tak lupa juga saya sangat-sangat minat dan asyik dengan Upin & Ipin. Siapalah yang tak kenal dengan animasi 3D yang menjadi kegilaan kanak-kanak di Malaysia dan di Indonesia. Anda semua jugak pasti tidak lupa dengna kartun Lat, The Kampung Boy. Hah! Confirm anda semua ni masih keanak-anakan lagi walaupon sudah berjanggut dan sudah pegang tongkat. 

link to M.I.B
ini badge budak nakal yang baik , sila klik untuk ke blog beliau

Ini menunjukkan anda masih ada kasih dan sayang zaman kanak-kanak, dan sesetengah mereka yang mempunyai bakat dalam grafik dan juga animasi mengadaptasikan keriangan dan suka duka zaman kanak-kanak sebagai modal untuk menerbitkan sesebuah karya macam cerita Anak-Anak Sidek yang berdasarkan kisah benar pemain-pemain Badminton handalan negara. Setiap petang jam 5.30ptg well! lebih awal dari itu sebenarnya sampai kena marah dengan emak sebab tak tolong emak sediakan juadah berbuka beramai-ramailah kami bersila depan tv menonton rancangan kartun kegemaran kami adik beradik. 

Dan entry kali ni saya mahu memperkenalkan MOMOKZ The Movie. Eh! Silap. Bukan bukan. Haha, saja jer melawak. Sebenarya, semasa saya sedang ber-blog-jogging saya terserempak dengan blog cute ini, MOMOKZ yang di miliki oleh Khairullizam Selamat yang dilahirkan di Johor wah! anda adalah orang Johor? saya lagilah teruja. Hidup JOHOR!!

Ilustrasi Kucing ini adalah hasil karya Khairulizam. Dan saya sangat suka kucing. Saya harap Abg Sayang saya dapatlah benarkan saya bela seekor kucing yang mandul di dalam rumah baru kami nanti. Boley tak abg?