~~~KETENANGAN HANYA TERLETAK DI HATI..APABILA KELUARGA MERESTUI SETIAP LANGKAH KITA DI MUKA BUMI INI...DAN YANG LEBIH PENTING ALLAH S.W.T REDHA DGN APA YANG KITA PERBUATKAN DI MUKA BUMI INI~~~~~AKU KINI LEBIH BERSEDIA DAN IKHLAS DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR,ANAK DAN JUGAK TUNANGAN ORANG...ALHAMDULILLAH..~~~SEMOGA AKU SUKSES DALAM MEMPELAJARI ILMU-ILMU AKHIRAT, ILMU-ILMU SEBAGAI ISTERI, ILMU SEBAGAI KAKAK, ILMU SEBAGAI ANAK DAN JUGA ILMU SEBAGAI HAMBA-NYA~~~~~~~~

Iklan

Thursday, August 12, 2010

[Post Ramadhan #3] Kenapa Tak Rogol Saya?


~Salam Para Blogger Muslimin dan Muslimat~

Saya terjenguk salah satu wall page Facebook rakan lama. Kisah ini saya dengar secara lisan daripada Cik Sukasuki. Tapi baru hari ini saya dapat membaca sumbernya. Wallahualam. Semoga apa yang di paparkan dapatlah memberi pengajaran kepada kita semua, khususnya kepada para wanita yang di muliakan darjatnya. Semoga saya juga mampu berhijrah serta menaiktarafkan imej muslimah saya. Amin.....

Kisah benar ini berlaku di US. 








Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. 



Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. 



Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. 



Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. 



Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. 



Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. 



Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. 



Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). 



Dia pun tanya perogol itu.. 



“Why don’t you do anything to me on that

night even though you know that I’m alone?” 

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya

malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa 

tu?) 



Perogol tu jawab: 



“No, you are not alone. That night I saw 

two young man walking with you. One on your right side and the other one

was by your left side. If you were alone

of course you will be my victim.” 

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu

saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan 

awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.

Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah

pasti awak jadi mangsa saya..) 



Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar

penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat 

Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi

yang dia baca malam itu. 



p/s : MORAL CERITA INI??? 



Jika kita sebagai hambaNya menurut

segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan

memelihara kita. Wanita tadi 

pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga

batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga

hambaNya yang sentiasa ingat akan 

diriNya. 



"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat

memeliharanya hingga subuh. Barang siapa

yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." 

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] 



Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... 

semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... 

sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. 



semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari 

kejahatan syaitan yang di rejam…….



SHARE FROM MD REDZUAN
Share From Facebook: Maizatul Akmal.


1 comment:

  1. Ini adalah post original saya copy dan paste, bertujuan x mau la mengolah artikel asli supaya readers paham ceritanya. Hope dapatlah pengajarannya ye kawan-kawan.

    ReplyDelete