~~~KETENANGAN HANYA TERLETAK DI HATI..APABILA KELUARGA MERESTUI SETIAP LANGKAH KITA DI MUKA BUMI INI...DAN YANG LEBIH PENTING ALLAH S.W.T REDHA DGN APA YANG KITA PERBUATKAN DI MUKA BUMI INI~~~~~AKU KINI LEBIH BERSEDIA DAN IKHLAS DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR,ANAK DAN JUGAK TUNANGAN ORANG...ALHAMDULILLAH..~~~SEMOGA AKU SUKSES DALAM MEMPELAJARI ILMU-ILMU AKHIRAT, ILMU-ILMU SEBAGAI ISTERI, ILMU SEBAGAI KAKAK, ILMU SEBAGAI ANAK DAN JUGA ILMU SEBAGAI HAMBA-NYA~~~~~~~~

Iklan

Thursday, August 12, 2010

[Post Ramadhan #2] Dugaan demi Dugaan

Salam Blogger Muslimin dan Muslimat

Hari ini, tak banyak aktiviti yang boleh saya lakukan, kecuali menerima satu panggilan daripada pihak kolej mintak collect docket exam. Itu saja, dan panggilan ke-2 daripada kolej saya tak jawab sebb sedang sibuk mengadu nasib dengan si Dia. Hope doa saya termakbul.


Hari ni J.Mie dah tersadai hampir seminggu, maklumlah saya ni budak baik, tak suka ke mana-mana tanpa tujuan yang tak munasabah, kalau setakat nak berjalan-jalan buang masa itu sangatlah menyusahkan J.Mie saya. Saya sayang dia sangat, kerana dia adalah amanah dari Bakal Suami saya. Kena bertanggungjawab ok.~~~ngeee.

Lepas saja collect docket, terus saya berjumpa Kak Siti a.k.a staff Banking Unit. Hurm, saya dapat rasakan sepanjang langkah-langkah saya dari hostel ke arah meja dia, hanya akan menerima berita kurang baik. Tapi, hati tetap mau jumpa dia. Dan akhirnya, gerak hati tetap betul, "Urusan ini baru jer kami buat semalam secara online"....kecewa lagi hati saya, balik dengan hampa. Alhamdulillah, dugaan saya pada bulan ini, seperti juga bulan puasa pada 2 tahun lepas, sewaktu saya mula-mula melanjutkan pengajian di Kolej ini. Semuanya, saya hadapi dengan bermacam-macam emosi. Hope saya kuat kali ini.

Kemudian, saya ke kedai Fotostat Aunti kat KFC sana. Nak cari nota revision yang Dr.Rowshon bagi kelmarin. Tak jumpa. Alhamdulillah. Kena saya pergi menemui sahabat-sahabat saya untuk dapatkan nota tu. Saya pon tergerak nak bermesra-mesra dengan J.Mie di bawah. Kesian J.Mie tidak bertenaga nak berjalan-jalan, sebb tu la saya bawa dia makan di BHP...malas nk pegi jauh2 kat Mantin sana.

Hope dugaan saya pada bulan ini akan berakhir dan dapatlah saya berpuasa bersama-sama dengan keluarga saya dikampung. Rindunya cuma tuhan saja yang tahu. Hope anda semua, para bloggers Muslimin dan Muslimat dapatlah mendoakan segala urusan saya di sini berjalan dengan lancar dan selesai sebelum raya. Sempena bulan puasa ni, saya pon doakan seluruh umat Islam akan sentiasa sukses dalam apa jua bidang yang di rahmati Tuhan, Amin,,...


"SELAMAT BERBUKA PUASA DI HARI KE-2 INI"


0 loves for Ah Moy:

Post a Comment