~~~KETENANGAN HANYA TERLETAK DI HATI..APABILA KELUARGA MERESTUI SETIAP LANGKAH KITA DI MUKA BUMI INI...DAN YANG LEBIH PENTING ALLAH S.W.T REDHA DGN APA YANG KITA PERBUATKAN DI MUKA BUMI INI~~~~~AKU KINI LEBIH BERSEDIA DAN IKHLAS DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR,ANAK DAN JUGAK TUNANGAN ORANG...ALHAMDULILLAH..~~~SEMOGA AKU SUKSES DALAM MEMPELAJARI ILMU-ILMU AKHIRAT, ILMU-ILMU SEBAGAI ISTERI, ILMU SEBAGAI KAKAK, ILMU SEBAGAI ANAK DAN JUGA ILMU SEBAGAI HAMBA-NYA~~~~~~~~

Iklan

Monday, June 14, 2010

Lagi Artis kena tahan--lepas ni sapa plak kena tahan?

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon komedi dan lima rakannya kerana disyaki mengambil dadah dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini, semalam.



Difahamkan, pelakon komedi berusia 41 tahun itu diberkas bersama lima rakannya termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an ketika di bawah pengaruh dadah oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakannya kemudian mendapati mereka semua positif dadah

Difahamkan, dalam serbuan jam 10 malam itu polis turut merampas beberapa gram daun kering dipercayai ganja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, ketika mengesahkan penahanan itu berkata pelakon terbabit bersama rakannya ditahan hasil maklumat awam dan risikan.

“Kita percaya dadah itu untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk diedarkan berikutan jumlahnya yang kecil. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata mereka kini direman sehingga 16 Jun untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Justeru, saya memohon orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
....................................................................................................................................................................

Kenapalah boleh hisap ganja bagai?
Dah tak cukup ke susu ibu yang ko hisap?
Hish....korang agak2 sapa ek?
Ish aku takut nk pk plak...

ok bai!

1 comment: