~~~KETENANGAN HANYA TERLETAK DI HATI..APABILA KELUARGA MERESTUI SETIAP LANGKAH KITA DI MUKA BUMI INI...DAN YANG LEBIH PENTING ALLAH S.W.T REDHA DGN APA YANG KITA PERBUATKAN DI MUKA BUMI INI~~~~~AKU KINI LEBIH BERSEDIA DAN IKHLAS DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR,ANAK DAN JUGAK TUNANGAN ORANG...ALHAMDULILLAH..~~~SEMOGA AKU SUKSES DALAM MEMPELAJARI ILMU-ILMU AKHIRAT, ILMU-ILMU SEBAGAI ISTERI, ILMU SEBAGAI KAKAK, ILMU SEBAGAI ANAK DAN JUGA ILMU SEBAGAI HAMBA-NYA~~~~~~~~

Iklan

Monday, June 7, 2010

Biar Kaki-kaki mereka Hilang Secara Tiba-Tiba!!!

Salam readers...
aku sangat la tidak senang hati semalam sebabnya internet kolej aku 
sangat la terputus...mungkin akibat daripada cuaca buruk petang tadi...
ceh dah macam laporan cuaca hari ini plak kan...

Petang tadi hujan...
so aku dah bajet dah internet kolej mesti terganggu punya
hurmm nak buat mcm mana kan...
dah terganggu sejak dari kol 6.00 sampailah sekarang..
sekarang ni dah kol 12.21 am...
pergh !! sungguh terseksa...
sakit hati pon ada..nak buat part ti9me pon susah.....

Ades..movie pon aku dah buang...
so xder la entertainment...
aku pon layan la citer Fast Furious...aku cilok DVD ni 
dari Cik Sukasuki...hehhe..buhsan dehhh!!!

Bila tengok Fast and Furious 4 ni syok plak...
best gila tengok Dom ni set up kereta racing dia ni
huhuhuhu....kalau my fiance ada kereta mcm ni..melaram la dia
kereta dua yang sedia ada pon lagi mau bikin...
asalkan abang bahagia...:)

Tapi sambil aku follow citer ni..aku pon buat la posting ni jugak
Bosan la biler internet xder...
Hurm cukup-cukup malas...x dapat nk update online papers...

Hari ni aku.......oppsss...aku terpana sekejap sebab aku
sedang melayan babak2 Dom dan Brian O'Connor melepasi terowong...



Sambil aku megharapkan internet kembali pulih..aku sempat menonton
live program di TV1 mengenai serangan ke atas kapal Mavi Marmara dan seluruh isi kapalnya.
Yang di beritahu setakat ini 9 kematian di laporkan berikutan serangan itu
Mereka semua baru saja sampai ke Malaysia pagi tadi (pengacara tv tuh la yg cakap) dan mereka semua berkongsikan detik-detik cemas mereka dari awal penahanan kapal hinggalah mereka di penjarakan dan perlulah di ketahui bahawa CNN telah menyiarkan berita bahawa kapal yang membawa  misi kemanusiaan bertindak ganas dan seolah-olah bahawa petugasmisi kemanusiaan memulakan serangan terhadap askar ISRAEL BODOH betul2 berita bohong!!

Dan antara mereka-mereka yang menjadi tahanan, Dr.Arbain, Ashwad (Astro Awani), Kamarul (jurukamera), dan ramai lagi (aku x ingat sebenarnya). Macam yang telah di perlakukan terhadap mereka, sejak dari mulapenahanan mereka, rakyat kita telah di layan seperti binatang ( bak kata Dr.Arbain). Di henyak kepalanya, ada yang di pijak2 badan seolah-olah di jadikan laluan tentera ISRAEL. CUKUP KEJAM!!


Masa tentera ISRAEL mahu menawan kapal yang membawa misi kemanusiaan, ISRAEL mula hendak menawan dengan bot laju dan mula hendak naik ke kapal tetapi di halang oleh petugas-petugas misi dengan hanya mengalirkan air ke atas mereka dari kapal sehingga mereka beredar ( sambil berseloroh berkata "mungkin orang ISRAEL ni takut air, tak deras pon air tu, setakat aliran air yang perlahan")

kemudian, mereka datang dengan helikopter(yang konon canggih le tuh), dan menurunkan askar-askar mereka dengan tali dari helikopter tetapi di halang oleh petugas-petugas misi kemanusiaan dengan menarik kaki askar ISRAEL sehingga jatuh dan segera membuangkan segala jenis senjata yang ada di badan askar ISRAEL dan helikopter mereka terus beredar..kemudian helikopter mereka datang lagi tetapi kali ini mereka 
menembak secara rambang dahulu barulah mereka turun ke kapal...ada yang di tembak di kepala, di muka dan anggota badan yang lain..kalau dah kena tembak kat kepala (tepat di dahi seperti yang di tunjukkan oleh petugas misi di kaca tv) confirm la mati kan...mana ada selamat...

Dalam saat-saat genting tembakan di lepaskan oleh tentera ISRAEL, bendera putih sudah di naikkan dengan segera tetapi tentera ISRAEL tetap melepaskan tembakan...TAK PAHAM BAHASA BETUL ISRAEL ni!!
sungguh kejam...

Aku mendengar dengan khusyuk sekali....

Mereka juga menceritakan, sebatang pen juga di rampas supaya wartawan tidak dapat melaporkan apa yang sedang berlaku...Malah Encik Kamarul selaku jurukamera juga di tuduh membawa senjata padahal
dia hanya membawa kamera ( kamera tuh macam senapang ker? buta hati dan jugak buta mata si ISRAEL ni) kamera tuh pon kena rampas jugak...

Selingan dari program ini, tayangan rakaman dari berita CNN juga di siarkan..Program ini mendedahkan betapa CNN menyiarkan berita bahawa bukan ISRAEL yang memulakn serangan, malah di katakan petugas misi dari pelbagai negara di atas kapal di katakan memukul askar ISRAEL...memang berita bohong....dari video yang di siarkan di CNN...aku dapat menilai sendiri dengan fikiran yang waras lagi clear:

1) video itu jelas sekali di rakamkan di atas kapal lain...dan for sure di rakamkan di atas kapal or heli (antara dua tuh la) milik ISRAEL..kalau tak mcm mana leh rakamkan the whole things what had happened on the deck kan...

2) nampak sangat la CNN ni buat cerita nak sebelahkan ISRAEL..dah tali barut la katakan...lepas tuh rakamkan bab petugas misi sedang memukul ISRAEL...dah la tak jelas..semua nampak sama macam mana nk bezakan...bodoh!

Seorang doktor dari Malaysia yang juga petugas menceritakan pengalaman beliau...doktor ini telah merawat mereka yang tercedera, dia ingatkan orang dia rawat tuh dari misi kemanusiaan..rupanya askar ISRAEL sendiri..ha yang ni la namanya, tembak askar sendiri, pastu ISRAEL buat dek jek.

Ye lah, untung MALAYSIA ni hati lembut, di tolong rawat jugak (kalau ikutkan hati--aku tembak je kepala askar ni), malah doktor kita ni siap cakap kat tentera ISRAEL ni suh la bawak orang2 yang cedera ni kuar dari kapal ke pi hantar pusat kesihatan ke. Sedar pulak ISRAEL ni menjawab "tak boleh! sekarang kita berada di perairan antarabangsa, kami tak boleh bawak!"....sedar pulak yang kapal membawa bekalan ni berada di perairan antarabangsa...Yang ko pi serang kapal kitaorang ni kenapa?!!!...

Sudah termaktub dalam undang-undang bahawa kapal yang melalui perairan antarabangsa tidak boleh di serang oleh mana-mana pihak.mana-mana kapal adalah bebas melalui perairan antarabangsa.

Mereka semua di ikat tangannya, dan ada yang di pijak kepala seperti yang terjadi kepada petugas misi dari Malaysia.Dah la kena ikat tangan kat belakang, lepas tuh kena pijak plak...setiap kali tentera ISRAEL nak lalu situ dia akan sengaja pijak badan petugas Malaysia yang di tiarapkan kat atas lantai tuh..bodoh betul!!dah la pakcik tuh tua...setiap kali lalu setiap kali tuh dia nak pijak badan orang tua tuh....tapi pakcik tuh sabar jer la..."kaki yang memijak itu adalah pinjaman dari Tuhan, badan yang di pijak juga adalah pinjaman dari Tuhan, maka alhamdulillah badan tidak sakit-sakit selepas berehat di atas katil yang empuk"...itulah kuasa tuhan..aku harap kaki-kaki ISRAEL yang memijak badan pakcik tuh cepat-cepat la kudung...tak pon biar kaki mereka hilang secara tiba-tiba..(mari doa ramai2)..aminnn!!

Mereka yang di tawan kemudian di bawa ke penjara....mungkin mata mereka yang di tawan di tutup..dan mereka menceritakan mereka terasa seperti berjalan  di tempat yang sama berulang-ulang kali...sampaikan mereka rasa " bilalah nak sampai ke penjara ni..jauh betul penjara nya..."...dan mereka juga seperti  sudah maklum mereka hanya di bawa berjalan-jalan ke sekitar tempat yang sama, sebb diorang rasa macam pusing-pusing kat tempat yang sama sebanyak 3 kali..

aik! nak tawaf ke hapa? ala ISRAEL ni macam la orang-orang kita ni bodoh...saja nak kelirukan orang-orang kita yang kononnyer penjara tuh jauh la sangat-sangat poyo gila! 

Yang paling geli hati, tawanan kapal Marvi Marmara ni merasmikan penjara baru ISRAEL beb!!
mana taknya, tilam dalam penjara tuh masih berbalut plastik dan cermin gantung pon masih berbalut plastik...
ceh!! konon-kononnya still baru la tuh..lepas tuh masa tawanan kapal ondaway nak masuk penjara dan juga semasa di penjara...tawanan semua di layan dengan baik...cukup poyo!!siap cakap " sapa-sapa nak makan ambikla" dengan nada baik plak tuh..ala padahal menu sarapan pagi..cuma la timun dan lobak...apa ko ingat tawanan ni sume ni rabbit nak makan lobak dan timun bagai? berlakon jerk lebih...ANUGERAH ABPBH pon tak layak la tuk korang!!!

Di sebabkan aku EMO masa mendengar semua yang di perlakukan terhadap Rakyat Malaysia dan sekutunya di masa misi kemanusiaan tuh....aku pon beredar ke dalam bilik dan membuat entry nih....(sementara tunggu internet ok balik) .nak tengok video nyer...nah klik SINI.


1 comment: