~~~KETENANGAN HANYA TERLETAK DI HATI..APABILA KELUARGA MERESTUI SETIAP LANGKAH KITA DI MUKA BUMI INI...DAN YANG LEBIH PENTING ALLAH S.W.T REDHA DGN APA YANG KITA PERBUATKAN DI MUKA BUMI INI~~~~~AKU KINI LEBIH BERSEDIA DAN IKHLAS DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR,ANAK DAN JUGAK TUNANGAN ORANG...ALHAMDULILLAH..~~~SEMOGA AKU SUKSES DALAM MEMPELAJARI ILMU-ILMU AKHIRAT, ILMU-ILMU SEBAGAI ISTERI, ILMU SEBAGAI KAKAK, ILMU SEBAGAI ANAK DAN JUGA ILMU SEBAGAI HAMBA-NYA~~~~~~~~

Iklan

Tuesday, August 10, 2010

[Post Ramadhan #1] Wajib Buat Pada Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan kepada para blogger Muslimin dan Muslimat

Juga kepada para non-blogger, Selamat Berbuka Puasa....ermmm lagi lebih kurang 7 jam dari sekarang nak bukak puasa ni. Hah! Cepatnya nak berbuka...adoi saya tak tahu nak fikir juadah apa yang best tuk puasa pertama ni. Well leave it to the Pasar Malam Rabu..just pick one, then you're done.


Saya nak beri/kongsi ceramah dengan kalian semua. Saya tak layak jadi Ustazah, walauponbegitu ilmu tetap mesti di kongsi. Betul tak? Dah terbiasa mengumpat? Sila baca bawah ni.

#1- Jaga Lidah. Maksudnya kita mesti jangan bagi lidah kita bercakap lebih-lebih. Cakap yang merapu, kongsi2 gosip, apatah lagi menyebar fitnah ataupon menghasut. So caranya, pegang lidah anda, kepit je pakai sepit baju pon boleh kalau terasa mcm nk mengumpat kan. Confirm la x mau mengumpat dah.

#2- Jaga Mata. Jangan tengok perkara-perkara tak elok macam tengok bahan-bahan porn. Jagalah mata dari asyik melihat yang bukan muhrim kita. Caranya, alihkanlah pandangan.Ala-ala melemparkan pandangan gitu. Orang kata dari mata turun ke hati, kalau perkara yang tak elok kita tengok turun ke hati? mcm mana?

 #3- Jaga Hati. Jangan asik tak puas hati dengan orang jer. Jangan jadikan ia sebagai hobbi anda plak. Tak elok. Kecil punya hal, maafkan sudah la, tak payah nak dendam-dendam or sakit hati ok kengkawan. 
 #4- Jaga Tangan. Jangan mencuri, jangan pakai hak orang. Jangan menulis perkara-perkara yang ke arah fitnah macam gossip. Sila jangan terasa ok. Harap maaf.~~heeeee~~~
 #5- Jaga Kaki. Jangan melencong ke kelab-kelab malam, khususnya kepada segelintir remaja sekarang. Bulan-bulan puasa ni apa salahnya hari-hari berjemaah Terawih. 
Senang cakapla, jangan buat perkara-perkara yang tak baik, macam merendek ke, hahha...ni bahasa zaman sekolah saya, maksudnya jangan berdating dalam taman bunga, berkhalwat la orang kata. Asal jer perkara tak baik, silalah tinggalkan, tak yah pikir panjang.

" SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN JAYANYA.AMIN" 

1 comment:

  1. Semoga saya juga akan berjaya mengharungi ujian2 di bulan Ramadhan ini.

    ReplyDelete