Menguap bukan misteri tapi sebab manusia menguap dan punca ia berjangkit masih belum mampu di rungkai sampaila sekarang. Pakar-pakar yang ada sekarang ni pon masih belum mampu mencari punca menguap...ada org kata sebab nak tambah oksigen? betul ker?
Menurut Majalah Kosmik (aku rajin beli kosmik nih) yang di laporkan oleh Nik Khartina Nik Man, menguap adalah tindak balas semula jadi yang menyebabkan manusia ataupon haiwan membukan mulut secara lebar dan bernafas dengan dalam. Kita tahu menguap berlaku secara tidak terkawal dan ia bermual sejak di lahirkan. Kajian mengatakan fetus manusia mula menguap seawal usia 11 minggu di dalam kandungan. Ha? ye ker?Menguap sering di kaitkan dengan kepenatan dan kebosanan. Malah menguap berlaku kepada haiwan juga seperti anjing, kucing, kera, burung dan banyak lagi.
Fakta menarik mengenai menguap:
- antara bahagian otak manusia yang memainkan peranan semasa menguap ialah hipotalamus. Kajian menunjukkan sedikit neurotransmitter seperti dopamina, asid amino, nitrik oksida dan neoropeptida meningkatkan kekerapan menguap sekiranya di suntik pada hipotalamus
- Atlet Sukan Olimpik selalunyer menguap sebelum beraksi
- Purata jangka masa menguap adalah enam saat
- kadar denyutan jantung boleh menigkat sehingga 30 peratus semasa menguap
- 55% manusia menguap dalam masa 5 minit selepas melihat orang lain menguap
- orang buta menguap apabila mendengar bunyi rakaman orang menguap
- membaca berkenaan menguap akan membuatkan anda menguap ( haha--masa buat posting ni pon dah menguap dah)
- lelaki menguap lebih panjang umur berbanding perempuan...
tutup mulut tuh bang oii!!
Ingatan kepada Hamba Sahaya:
Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.” (Muslim)
Video ni xder pon berkenaan dengan menguap...aku paste ni pon sebab baby ni comel masa ngah main air...haha..enjoy!
0 loves for Ah Moy:
Post a Comment