Salam readers~~
Selamat tengahari...hari ni ah moy ada kelas kol 8.00 pagi...sempat ber FB dalam kelas lagi..balik jer terus mengadap blog kesayangan ah moy nih...hahahaa....bukak Metro...jumpa cerita si cilik ni...jom baca sesama....
Mata adik ni juling air kan...hehhe
KUALA LUMPUR: Pertuturannya mungkin kurang sempurna, namun Darwisya Adriana Rozali yang baru berusia tiga tahun lapan bulan sudah mampu menghafaz 30 surah pendek dalam al-Quran.Malah, si comel itu juga adakala mengajar adiknya, Darwish Adrian, 2, mengaji manakala Darwish Adrian sendiri sudah boleh menghafaz surah al-Waqiah walaupun hanya mampu membaca pada hujung ayat.
Menurut ibu dua beradik ini, Mazlina Ramli, lewat 30-an, ketika berusia dua tahun lapan bulan, Darwisya Adriana sudah menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia sudah boleh menghafaz 30 surah pendek. Kata Mazlina, kelahiran Darwisya tiada beza dengan bayi lain, malah dia sendiri tidak mengalami sebarang alahan atau tanda pelik. Anak sulungnya itu sendiri lambat berjalan dan bertutur. “Namun, sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkannya ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.
Mazlina yang menjalankan perniagaan sendiri berkata, setiap pagi anaknya diperdengarkan bacaan al-Quran terlebih dulu sebelum mereka mula menonton televisyen. Pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji mengikut kaedah Iqra’. Baginya, tiada rahsia besar di sebalik keupayaan anak-anaknya itu kerana semua ibu boleh memiliki anak seperti Darwisya Adriana asalkan ia disertai teknik pembelajaran tepat
0 loves for Ah Moy:
Post a Comment