~~~KETENANGAN HANYA TERLETAK DI HATI..APABILA KELUARGA MERESTUI SETIAP LANGKAH KITA DI MUKA BUMI INI...DAN YANG LEBIH PENTING ALLAH S.W.T REDHA DGN APA YANG KITA PERBUATKAN DI MUKA BUMI INI~~~~~AKU KINI LEBIH BERSEDIA DAN IKHLAS DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR,ANAK DAN JUGAK TUNANGAN ORANG...ALHAMDULILLAH..~~~SEMOGA AKU SUKSES DALAM MEMPELAJARI ILMU-ILMU AKHIRAT, ILMU-ILMU SEBAGAI ISTERI, ILMU SEBAGAI KAKAK, ILMU SEBAGAI ANAK DAN JUGA ILMU SEBAGAI HAMBA-NYA~~~~~~~~

Iklan

Wednesday, July 21, 2010

BlogKu Berhabuk

salam readers~~

saya sangat la bz..plus malas...
plus semakin hari semakin gemuk...haha..ye ker?
saya pulak ke sana ke mari dgn kerja rumah dan ada pulak junior nk masuk dalm rumah saya ni...
so nantikan update dari saya...

sori sangat2 sebb tak update cerita lame saya ni...
hehe ok..
saya kena masak...
nak bagi anak-anak makan...cet..tipu jer kan..
ok2...

saya kena cau dulu...
bubye semua...love you all..
nanti saya update cerita saya...
daaa....

Friday, June 25, 2010

Ilustrasi Kartun dari MOMOKZ untuk Ah Moy

Salam semua~~

Sambil bukak lagu raya, Sudirman. apa kes?

Selamat pagi walaupon lagi 1/2 jam nak tengahari...ala pagi jugakkan. Hah! Silakan baca entry Oh! MOMOKZ sebelum saya bercerita lebih panjang lagi. Semalam saya menerjah sekali lagi blog Budak Nakal Yang Baik, dan sungguh la terkejut sebab beliau buat entry tentang saya. Walaupon entry beliau tak der la panjang satu depa, tapi saya cukup bangga sebab ada jugak org nk buat entry pasal saya. pergh! saya terasa macam nak banjer dia makan mi bandung plak.

Budak Nakal Yang Baik ni ada buatkan satu kartun tuk saya, jom baca entry dia Domo Arigato! Comey kartun dia, macam saya hahah! sungguh perasa I. 

haha! saya sangat comel..like princess

Terima kasih MOMOKZ!

MOMOKZ pesan kalau korang pon ada wat review or post entry pasal dia nnti dia akan buatkan kartun macam muka korang. Koran nak tak? Sila klik Blog Budak Nakal Yang Baik, kalau tak nak sila lah baca entry saya yang comel.

ok!
bai!

Thursday, June 24, 2010

PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY

Salam readers~~

Yes saya join lagi Free Giveaway dari Pinklolipops.blogspot.com dan hadiahnya cukup la menarik. Saya sangat la suka. Yes! Anda sungguh baik hati Puan Ayu Rosly. Saya haran anda akan pilih saya sebagai pemenag. Harap-harap anda akan pilih saya yerp. Mekasih banyak-banyak kerana membuat giveaway yang sungguh senang nak follow. Hehehe. Lain kali sila buat giveaway macam ni lagi ya. Saya sangat suka.

inilah header blog Pinklolipops.com


Saya ada beberapa cadangan buat Puan Ayu Rosly, kalau ada rezeki lebih Puan Ayu Rosly boleh la buat header dan badge yang menggambarkan identiti blog puan. Yes! Dan rekaan-rekaan manik anda pasti akan mendapat perhatian dari org lain dengan first impression. Dah itu jerk dan saya cadangkan anda boleh la refer pada Wansteddy Studio, mana tahu ada design yang cantik-cantik ke tuk represent diri anda? hehe..

saya sangat sukakan mesin jahit ni, berapa ek harga dia? saya pon nk mintak satu kat abg saya la.

So far saya sangat sukakan hadiah giveaway anda, wah sangat2 lah mahsyuk. Lain kali leh la buat hadiah baju kurung Japanese Contton macam yang anda tunjuk masa attend Sewing Course. Cantik kainnya. Saya sangat suka. Ada rezeki lebih saya nak cuba la order dengan anda. Ya, doakan saya menang ya kawan-kawan.

dan kalau saya boleh pilih hadiah saya, saya nak pilih yang ini untuk emak saya. Boley tak?

Dan korang join lah sama dalam persaingan sihat ni. Jom kita sama-sama memeriahkan blog Puan Ayu Rosly ni. Hehe.. Biar gempak. Oleh itu mari ramai-ramai join contest ni.

Saya tagkan Giveaway ni kepada Noie, Yuyu, dan jugak Coben

ok bai!

Contest Teka Gambar Ilusi

Salam readers~~

Saya join contest lagi. Entah contest yang ke berapa agaknya saya pon tak kira. Well saya carry on saja. Hehehe.Contest kali ni saya tahu dari http://misznierah.blogspot.com/. Saya malas sikit la nak cakap banyak-banyak sebab page saya lems sikit nak loading, maklum la ramai org nak view page saya ni. blwekk!!sungguh perasan la kamu ni. Nak join tak contest ni? segera la klik banner di bawah dan segera join sebab mungkin dateline di tutup awal sebab dia tak bagi lagi due date contest ni. Jom klik-klik. 


Sila klik contest list saya kalau nak tahu macam-macam jenis contest yang saya join.Anda pon join lah sama ya. Sama-samalah kita memeriahkan suasana Malaysia Giveaway. Dan kalau anda berminat nk saya terjah blog anda dan buat post (mempromosikan) tentang blog anda sila tinggalkan komen dan link blog anda di entry Oh! MOMOKZ 

Dan korang join la contest-contest yang ada di blog saya sebelum ia tamat tempoh.
Ok! Bai!

Oh! MOMOKZ

Salam readers~~

Saya ni suka kartun. Baik dari Spongebob The Squarepant, sampaila ke zaman Popeye The Sailorman, dan tak lupa juga saya sangat-sangat minat dan asyik dengan Upin & Ipin. Siapalah yang tak kenal dengan animasi 3D yang menjadi kegilaan kanak-kanak di Malaysia dan di Indonesia. Anda semua jugak pasti tidak lupa dengna kartun Lat, The Kampung Boy. Hah! Confirm anda semua ni masih keanak-anakan lagi walaupon sudah berjanggut dan sudah pegang tongkat. 

link to M.I.B
ini badge budak nakal yang baik , sila klik untuk ke blog beliau

Ini menunjukkan anda masih ada kasih dan sayang zaman kanak-kanak, dan sesetengah mereka yang mempunyai bakat dalam grafik dan juga animasi mengadaptasikan keriangan dan suka duka zaman kanak-kanak sebagai modal untuk menerbitkan sesebuah karya macam cerita Anak-Anak Sidek yang berdasarkan kisah benar pemain-pemain Badminton handalan negara. Setiap petang jam 5.30ptg well! lebih awal dari itu sebenarnya sampai kena marah dengan emak sebab tak tolong emak sediakan juadah berbuka beramai-ramailah kami bersila depan tv menonton rancangan kartun kegemaran kami adik beradik. 

Dan entry kali ni saya mahu memperkenalkan MOMOKZ The Movie. Eh! Silap. Bukan bukan. Haha, saja jer melawak. Sebenarya, semasa saya sedang ber-blog-jogging saya terserempak dengan blog cute ini, MOMOKZ yang di miliki oleh Khairullizam Selamat yang dilahirkan di Johor wah! anda adalah orang Johor? saya lagilah teruja. Hidup JOHOR!!

Ilustrasi Kucing ini adalah hasil karya Khairulizam. Dan saya sangat suka kucing. Saya harap Abg Sayang saya dapatlah benarkan saya bela seekor kucing yang mandul di dalam rumah baru kami nanti. Boley tak abg? 

GIVEAWAY at F.O.S

Salam readers~~

Salam kepada semua. Yes untuk hari ini saya terjumpa giveaway yang mempromosikan barangan online shop berupa beg buatan tanga, omputih kata Handmade Beg. Sungguh cantik dan sungguh comel. Kalau saya ada duit banyak saya mesti akan beli dengan banyaknya dan di jadikan sebagai hadiah kepada rakan atau ibu dan adik-adik perempuan saya..haha biasalah barang-barang comel macam ni cuma orang perempuan jer yang minat. Lelaki ada volunteer ker?Tanpa membuang bebel saya lagi, mari kita review sekejap beg-beg comel Firdanii Online Shop.Saya tunjuk satu beg dan sila Read More tuk baca lebih lagi.

Oh sungguh comel kan beg ni.

Wednesday, June 23, 2010

Eset Nod32 Antivirus menghentam Trojan Durjana!

Salam readers~~

Korang nak tahu! Hari ni masa masuk kelas StaadPro, lappy Acer Aspire 5050 saya ni buat hal. Tetiba jerk dia tak mau on. Habisla. Dah la saya lewat 1/2 jam ke kelas Mr.S lepas tuh dia tak mau on plak. Saya dah agak dah. Maka saya cabut la dia punya adapter dan jugak bateri bagi cool. ada ke cara macam tuh? apa-apa jer la asalkan dapat menyedapkan hati saya. 

Saya buat muka bodoh dan selamba jerk hari ni. Sungguh berani saya kan. Hahaha. Tapi kalau nak dibandingkan dengan kanak-kanak Internationals (Nigers dan so on), mereka lebih teruk dari saya. Mereka langsung tak bawa apa-apa ke kelas. Dah la ini kelas StaadPro, mestilah ada software dan jugak apa-apa yang patut tuk menyalin. Ini dengan senang hatinya kebanyakan mereka hanya membawa diri macam nak pegi pasar ikan la plak. Wah! Adakah mereka sungguh expert dari Mr.S yang juga terpaksa membawa lappy dan jugak bahan-bahan untuk mengajar ke kelas? Wow! Kalau begitu lebih baik saya belajar dengan rakan sekelas saya dan abaikan Mr.S. saya memang suka buat stok perli!!


ahh!! korang ikut kepala korang je kan..pastu suka ambil mudah jerk..

Nasib baik lappy saya sudah ok, tapi tetap merangkak-rangkak masa on StaadPro Software dan jugak masa nak apply load ke seluruh struktur column (tiang) dan jugak beam. Adoi!! Sah ini mesti gara-gara Virus dalam kepala otak, saya terfikirkan Trojan, aiseyman!! 

Woi! Takkan blah macam tuh jerk??


Tuesday, June 22, 2010

Good Morning Mantin

Salam readers~~

Yes, pagi lagi dah terfikir nak terus berblogging. Dalam kepala otak masih tak boleh singkirkan perkataan 'blogging'. Yes! ini tandanya saya di ambang menjadi blogger teggar. Macam blogger-blogger terkenal kan. Ala korang macam la tak kenal sapa ek. Lu pikirla sendiri! Tak leh cakap banyak nanti kena saman! 

sila bercakap dengan tangan yer!