~~~KETENANGAN HANYA TERLETAK DI HATI..APABILA KELUARGA MERESTUI SETIAP LANGKAH KITA DI MUKA BUMI INI...DAN YANG LEBIH PENTING ALLAH S.W.T REDHA DGN APA YANG KITA PERBUATKAN DI MUKA BUMI INI~~~~~AKU KINI LEBIH BERSEDIA DAN IKHLAS DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR,ANAK DAN JUGAK TUNANGAN ORANG...ALHAMDULILLAH..~~~SEMOGA AKU SUKSES DALAM MEMPELAJARI ILMU-ILMU AKHIRAT, ILMU-ILMU SEBAGAI ISTERI, ILMU SEBAGAI KAKAK, ILMU SEBAGAI ANAK DAN JUGA ILMU SEBAGAI HAMBA-NYA~~~~~~~~

Iklan

Thursday, August 12, 2010

[Post Ramadhan #4] Panasnya Di Bulan Ramadhan

Salam Para Blogger Muslimin dan Muslimat

Hari ni saya merayau-rayau di sekitar kolej, ada jual nasi ayam, kuih muih, bubur, lauk2, air macam2 kaler la. Tapi menu hari ni saya cuma merasa Nasi Tomato dan Air Oren. Cukupla sekadar ini saja. Dan sambil2 saya merehat2kan diri sebentar, terbaca la berita terkini mengenai ramalan cuaca pada Bulan Puasa dan jugak Minggu Awal Pertama.



--------------------------------------------------------------------------------------------

Cuaca kering semasa Ramadan, hujan minggu pertama Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Cuaca di Semenanjung Malaysia dijangka kering sepanjang Ramadan tetapi musim hujan semasa minggu pertama Hari Raya, menurut petugas Jabatan Meteorologikal Malaysia. Beliau berkata pada bulan puasa cuaca boleh mencecah maksimum 33 darjah celcius pada siang dan minimum 24 darjah celcius pada malam. "Mereka yang berpuasa pada Ramadan boleh mengalami penyahhidratan dengan cepat dan dinasihati minum banyak air," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Walaupun kemungkinan cuaca panas, katanya Malaysia masih mengalami monsun Baratdaya sehingga bulan depan dan hujan sekejap-kejap dijangka berlaku pada tiap hari. 





"Hujan ribut petir dijangka berlaku sekali-kali di pantai Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Barat pada awal pagi. Negeri-negeri lain dijangka menerima hujan sekejap-kejap pada sebelah petang," katanya. Untuk minggu pertama Hari Raya, beliau berkata musim hujan akan berlaku yang dijangka di Semenanjung Malaysia, khasnya pada lewat petang berbanding bulan ini dan awal September. 





Untuk keterangan lanjut sila layari www.met.gov.my untuk mengetahui cuaca setiap hari di bandar raya utama dan bandar di Malaysia. - BERNAMA 
--------------------------------------------------------------------------------------------
P/S: Hope Raya nanti xder la hujan banyak2..hujan sikit2 sudah la....Amin..

0 loves for Ah Moy:

Post a Comment